Category Archives: Umum

harga-perodua-bezza

Harga Kereta Perodua Bezza Sedan Termurah di Pasaran Malaysia

DI ANTARA MODEL PERODUA BEZZA YANG MENARIK PERHATIAN RAMAI KERANA HARGA YANG BERPATUTAN BAGI SEDAN  (-PIC MILIK PAULTAN.ORG)
Berdasarkan beberapa
sumber daripada pihak Perodua sendiri harga kereta Perodua Bezza yang
baru dilancarkan baru baru ini memang agak berpatutan. Dari harga paling rendah
RM37,300 bagi standard Manual 1.0 ia adalah kereta sedan termurah di pasaran
negara kita.
1.       Standard
1.0L Manual      (RM37,300)
2.      Standard
1.0L Automatik (RM39,300)
3.      Premium
X 1.3L Manual   (RM42,800)
4.      Premium
1.3L  Automatik (RM44,800)
5.      Advance 1.3L
Automatik    (RM50,800)
Mengambil laporan daripada sumber berita online
yang aku baca baru baru ini Presiden dan Pengarah Urusan PERODUA, Datuk Aminar
Rashid Salleh, 

‘Bezza adalah disasarkan untuk pasangan muda yang
baharu berkahwin.Harga mampu milik kualiti berciri global pihak Perodua yakin
kereta Bezza sedan ini akan mendapat sambutan yang baik!’

Dengan harga yang ditawarkan oleh Perodua untuk
kereta sedan pertama mereka ini aku pasti akan berlaku persaingan harga kereta
sedan buatan Malaysia selepas ini. Kita tunggu dan lihat Proton yang bakal
umumkan kereta gantian Saga BLM dan gantian Persona yang sudah pun tersebar di
blog blog dan media sosial. 
        
Sedikit petikan daripada Blog
Paultan.org yang mengulas berkenaan kereta Perodua Bezza ini. 

Dalam laporan pandu uji pertamanya, Perodua Bezza, yang dibangunkan berdasarkan model kompak segmen A, Perodua Axia, merupakan kereta sedan pertama yang dibangunkan oleh Perodua di Malaysia, dan untuk Malaysia.

Nama sedan ini diinspirasikan dari perkataan Bahasa Malaysia iaitu ‘Beza’. Dan ini “merupakan apa sebenarnya sedan EEV pertama Perodua – yang jelas berbeza.” Huruf ‘Z’ berkembar dalam nama Bezza ini juga melambangkan angka 22 – Perodua telah pun berada dalam pasaran selama 22 tahun pada tahun ini.

Ya, ia dibangunkan berdasarkan Axia, jadi mungkin ramai yang menganggap ruang kargo Bezza mungkin tidak sebesar mana. Tetapi hakikatnya Bezza memiliki ruang kargo seluas 508 liter! Itu antara kelebihan yang ingin ditonjolkan oleh Perodua untuk produk terkininya ini.

Ketiga-tiga varian juga ditawarkan dengan waranti lima tahun atau 150,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu). Bezza ditawarkan dengan enam pilihan warna termasuk dua warna baharu hanya hanya untuk varian 1.3L iaitu Ocean Blue, Sugar Brown, dan kesemua varian turut mendapat pilihan empat warna sedia ada iaitu Lava Red, Black Ebony, Glittering Silver dan Ivory White.

Dua enjin baharu

Antara perkara menarik yang perlu dinyatakan ialah Perodua Bezza ditawarkan dengan dua pilihan enjin baharu; 1.0L VVT-i (dengan ciri VVT-i, dan tambahan 1 hp dan 1 Nm berbanding enjin Axia) dan 1.3L Dual VVT-i, yang lebih maju berbanding enjin 1.3L yang ada pada Myvi.

Bagi model 1.0L, Perodua Bezza dikuasakan oleh enjin 1KR-VE. Ia pada asasnya sama dengan enjin 1KR-DE pada Axia 1.0L, tetapi menerima pelbagai teknologi dan ciri terbaharu serta dibuat di kilang Perodua sendiri di Rawang. Berbanding enjin lama, enjin baharu ini menerima teknologi pemasaan injap bervariasi-pintar VVT-i (sebelum ini Perodua menggelarnya sebagai DVVT), nisbah mampatan yang lebih tinggi serta daya geseran dikurangkan.

Enjin 1.3L pula merupakan enjin baharu sepenuhnya, menggantikan enjin 1.3L K3-VE yang telah digunakan sejak keluaran pertama Myvi 11 tahun lalu. Enjin baharu yang diberi kod 1NR-VE ini merupakan enjin yang sama boleh digunakan pada Toyota Avanza facelift dan diasaskan pembinaannya berdasarkan enjin K3-VE.

Menurut Perodua, enjin Bezza adalah 70% sama dengan enjin pada Avanza, berbeza sedikit pada talaan (berikutan berat Avanza dan Bezza yang berbeza) serta pada bahagian cagak enjin (Avanza pacuan belakang, manakala Bezza pacuan hadapan). Kilang pengeluaran bagi kedua-dua enjin ini berkenaan juga berbeza; enjin Bezza dikeluarkan dari kilang enjin Perodua, di Sendayan, Negeri Sembilan.

       

Hasil gabungan enjin-enjin baharu dengan kotak gear yang dikemaskini, membolehkan Bezza mencapai penggunaan bahan api yang lebih baik. Model 1.3 liter automatik disifatkan mampu mencatatkan penggunaan bahan api 21 km untuk setiap liter, manakala model 1.0 liter manual pula mampu catat 22.8 km untuk setiap liter.

Bagi model 1.0 liter varian automatik pula, ia mampu mencatatkan penggunaan bahan api 21.3 km setiap liter dipandu dengan mod ECE, berbanding Axia yang hanya mencatatkan 20.1 km untuk setiap liter petrol
    

FB_IMG_1466183301735

Jambatan Darat Tertinggi Di Malaysia

 

Dengan ketinggian jambatan 60 meter yang melintasi Hutan Simpan Kancing Tampler Park Rawang, ia merupakan jambatan atas darat yang tertinggi di Malaysia.

Projek yang diketuai oleh anak tempatan Haji Radzali Mokhtar yang sudah tentu sangat membanggakan rakyat Malaysia sendiri.

Jambatan ini menghubungkan Bandar Rawang ke Jalan Rawang
berhampiran Hutan Lipur Kancing dan susur masuk Lebuhraya LATAR.
Projek ini menelan belanja RM 198 juta yang dikatakan bakal siap pada tahun 2017 dengan kerja kerja penyambungan jambatan masih giat berjalan sehingga sekarang.
Tunggu siap sahaja jambatan ini nanti bakal menjadi satu keunikan terbaharu Malaysia.

 

Kerja kerja menyambung lantai jambatan giat dijalankan

 

Pengurus Projek bersama En Johari Hamid

 

Ketinggian tiang jambatan Rawang ini 60 meter

 

Pemandangan yang sangat mengujakan. Menjadi ikon bandar Rawang tidak lama lagi.
Sumber: https://www.facebook.com/johari.hamid.

 

botol-air-mineral

Kisah Mak yang tak suka membazir

botol-air-mineral
Aku rasa kebanyakan orang tua tua dulu termasuklah arwah mak sangat cermat. Jika pulang menziarahi mak di pondok pengajian mak di Jeram Kuala Selangor ,aku perhatikan penuh peti ais mak dengan makanan lama yang sebahagian besar dapat daripada masjid. 
Bahkan ada makanan yang disimpan itu sudah rosak oleh kerana sayangnya mak dengan makanan itu.Begitu juga dengan benda benda lain. Di ruangan dapur mak dipenuhi dengan plastik polestrin yang telah dibasuh,bekas botol air mineral dalam pelbagai saiz yang semuanya dijaga dengan baik oleh mak.
Itulah sikap mak sejak aku kecil. Dia tidak suka membazir makanan. Dia juga tidak suka masak lauk yang banyak jenis yang akhirnya tak habis. Mungkin juga sejarah hidup orang dulu dulu yang agak susah menyebabkan lahirnya perasaan cermat dalam diri mak itu. Kerap kali dia membebel dengan aku bila ada terlalu banyak lauk pauk terhidang di atas meja sewaktu makan. Mak selalu kata ‘terbuang nanti ni bukan ramai orangnya nak makan, kenapalah nak masak banyak banyak..membazir..
Jika merenung ke dalam diri sendiri betapa selalunya aku terbazir makanan akibat terlebih beli dan akhirnya makanan itu aku simpan dalam peti ais. Akhirnya apabila tidak dikeluarkan dari peti ais berminggu minggu makanan tersebut akan masuk ke dalam tong sampah. Begitu jauhnya  sifat aku dengan mak.
Allah telah berfirman dengan jelas tentang pembaziran. Bahkan pembaziran tidak hanya berkait dengan makanan sahaja tetapi pembaziran juga meliputi pelbagai aspek lain seperti pembaziran masa,tenaga,wang dan sebagainya. 
Adakah kita telah menggunakan perkara perkara tersebut dengan sebaik mungkin. Bagaimana masa yang kita gunakan setiap hari?,Adakah kita membazir dengan melakukan perkara yang kurang berfaedah?. 
baca fikir amal
YUSRIWAHAB.COM
“Sesungguhnya orang orang yang membazir itu adalah saudara saudara syaitan,sedang syaitan itu pula adalah mahluk yang sangat kufur kepada tuhannya (al-Isra ’27)
biskut-raya-2016-kl

Jualan Borong dan Runcit Biskut Raya 2016

Tolong jualkan Biskut Raya Mak Mertua kat kampung. Biskut Makmur dan Biskut Susu..resepi orang kampung..resepi orang dulu dulu…kuih tradisi yang tak lapuk dek masa. Pada masa sama ada jual jugak segala jenis biskut bangkit yang terbukti sedap.
Ada satu lagi biskut batang buruk resepi dari Johor yang banyak repeat order pada hari raya tahun lepas Whatspp saya..Saya hantar mai depan pintu..boleh?…0132274027
bangkit cheese-bangkit-cheese

biskut-homemade

FB_IMG_1462459975662

Pemeriksaan PUSPAKOM kini boleh dibuat di rumah sahaja

Ramai yang tak tahu bahawa kita boleh menghubungi pihak PUSPAKOM untuk datang ke rumah dan membuat pemeriksaan ke atas kenderaan kita. Kemudahan ini untuk memudahkan urusan pemeriksaan kenderaan tanpa perlu bersesak dan beratur panjang di pejabat Puspakom.. Ianya sangat senang dan mudah malah terus dapat kelulusan dan sijil pemeriksaan tukar milik dalam masa hari sahaja.

van-puspakom
Van Puspakom 
pegawai-puspakom-datang ke rumah
pemeriksaan puspakom