Tag Archives: Islam

perempuan-pencari-kayu-api

Kisah Perempuan Penjual Kayu ini Memberi Keinsafan

perempuan-pencari-kayu-api

Gambar Sekadar Hiasan

Petang tadi aku menonton sebuah rancangan TV. Agak jarang sebenarnya aku fokus hingga habis sebuah rancangan tv melainkan ia benar benar menarik minat aku.

Apa yang aku ingat tentang rancangan TV ini hanyalah isi cerita sahaja.Nama rancangan maaf la aku tak catat dalam ingatan.

Beginilah, kisah yang dipaparkan adalah tentang seorang perempuan tua miskin yang bekerja menjual kayu api. Pekerjaannya hanyalah memberi pendapatan yang sedikit.Beliau selalu tidak cukup wang membeli barang keperluan dan makanan.

Keperluan diri sendiri yang tidak cukup ini tidak mematahkan keinginannya untuk mengerjakan umrah.

Dengan keadaan kemiskinannya mustahil dia mampu untuk menjalankan ibadah umrah. Namun demikian tidaklah mustahil bagi Allah jika Dia berkehendak.

Dengan tidak disangka sangka beliau dipelawa mengerjakan umrah secara percuma yang ditaja oleh sebuah stesen TV.

Sepanjang perjalanannya mengerjakan umrah sangat memberi inspirasi dan keinsafan kepada diri aku sendiri terutama tatkala beliau berdoa dengan menangis hiba di hadapan Kaabah.

 

IBRAH DARIPADA KISAH INI

PERTAMA;
Allah tidak membezakan hambanya samada miskin atau kaya, hambanya yang bersyukur pasti akan diberi nikmat.

KEDUA;

Allah boleh menjadikan sesuatu perkara yang dianggap mustahil menjadi realiti dengan asbab yang tidak disangka sangka.Cuba ingat balik dalam kehidupan kita pernah atau tidak ada perkara yang seakan akan ini?.. Jika ada,selalukah kita mengucap syukur?

Ya Allah sudah tentu kau ada rahsia disebalik mengapa perempuan miskin ini menjadi tetamu Mu, bukan kami yang punyai gaji yang jauh lebih besar yang sepatutnya lebih mampu..

Ampunkan dosa kami Ya Allah.

 

I-luv-Sunnah-Rasulullah

1 Hari 1 Sunnah

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Saya rasa kebanyakan orang Islam samada yang kanak kanak atau dewasa tahu apa yang disebut sebagai sunnah. Dalam erti lain yang mudah untuk kita faham ialah sunnah tersebut adalah cara atau kelakuan Rasullullah dalam kehidupan dan cara beragama.

Mengapa kita sebagai orang Islam dituntut untuk mencontohi Rasullulah?. Ini  adalah kerana baginda adalah contoh terbaik  manusia dari pelbagai segi.

Dari rujukan saya di internet banyak manfaat yang dapat kita perolehi apabila mengikuti sunnah nabi iaitu;

1. mahabbatullah (cinta dari Allah), 
2. rahmatullah (kasih sayang-Nya), 
3. hidayatullah (petunjuk dari-Nya), 
4. mushahabatul akhyar fil jannah (bersama orang-orang pilihan di surga), 
5. asy-syafa’ah (mendapatkan syafaat dari Rasulullah saw.), 
6. nadharatul wajhi (muka yang bersinar dan berseri di surga), 
7. mujawaratu ar-rasul (menjadi tetangga Rasulullah saw. di surga), 
8. ‘izzatun-nafsi (memperoleh kemuliaan jiwa di dunia dan akhirat), 
9. al-falah (kemenangan dan keberuntungan). 

Saya sebenarnya nak berkongsi idea bagaimana cara untuk kita dapat mencontohi Rasullulah dengan mengikuti sunnahnya. Oleh kerana jumlah sunnah Rasullulah agak banyak dan sudah tentu sebagai orang yang tak berapa alim ini (macam saya 🙂 sukar untuk mengamalkan dan mengingati sunnah sunnah tersebut.

Idea yang saya nak berkongsi ini ialah kita mengamalkan satu sunnah baru pada setiap hari. Kalau tak mampu  setiap hari mungkin boleh pada setiap minggu kita mengamalkan satu sunnah yang baru. Rasa rasa berat tak?, Tepuk dada tanya Iman, InshaAllah boleh.

Dalam pencarian mencari sunnah ini saya terjumpa banyak laman web dan blog yang berkongsi sunnah sunnah nabi.Salah satunya seperti link di bawah. Kalau rasa kurang yakin dengan blog boleh juga membeli buku buku berkaitan sunnah nabi di kedai buku. 


InshaAllah dengan usaha yang sedikit ini dan kekal istiqomah ikut sunnah pasti ada ganjaran menanti kita nanti. Salam Ramadhan 2015
SUNNAH-RASULULLAH

Jom amalkan Sunnah dalam aspek kesihatan

Asalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Selawat
dan Salam ke atas Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W. 
Setelah
wafatnya baginda Rasullulah ,baginda telah meninggalkan sunnah (cara hidup)
untuk diikuti oleh umatnya.Jika kita mengamalkan sunnah terdapat ganjaran
pahala malah terdapat banyak manfaat manfaat di sebalik sunnah tersebut. 
Dari
Wikipedia
Sunnah
bererti “cara” atau “kebiasaan”, dan dengan itu, sunnah nabi bererti “cara
nabi”, atau apa yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul. Secara
bahasa, As Sunnah adalah “ath-thariqah” yang bererti perkaedahan, kebiasaan,
perjalanan hidup, atau perilaku,
baik yang terpuji mahupun yang tercela. “Kata sunnah berserta segala
kelainannya disebutkan berulang-ulang dalam hadis,
yang erti asalnya ialah ‘perjalanan hidup’ dan ‘perilaku’.”
Dalam
istilah Sunah Waljamaah, menurut
para ahli hadis, Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan oleh Rasulullah
SAW yang merupakan perkataan, perbuatan, ketetapanperibadiakhlak,
mahupun perilaku, baik sebelum mahupun sesudah dilantik menjadi Rasul.*
Dalam hal ini, pengertian Sunnah menurut mereka adalah sama dengan hadis
(Mushtafa as-Sibai, “As Sunnah wa Makanatuha Fit-Tasyri’il Islami”).
Sunnah ini disampaikan melalui persetujuan para sahabat Rasul. *

Sunnah Nabi dalam Kesihatan,Perubatan dan Pemakanan

Di antara sunnah nabi adalah dalam aspek perubatan dan pemakanan. Jika ditanya
kepada kita sebagai orang Islam rasanya sudah ramai yang tahu makanan dan
perubatan sunnah tersebut.

Namun apakah semua di kalangan kita mengamalkanya sebagai cara hidup kita?. Aku
sendiri pun selama ini tahu jugalah sedikit tapi tak tergerak hati untuk
mengamalkannya.

Namun sekarang dengan hidayah Allah , tergerak hati untuk mengamalkannya kerana
percaya sunah adalah  dari Wahyu Allah dan kita perlu kita percaya dan
amalkan sebagai orang Islam.

Makanan dan perubatan sunnah ini adalah amalan Rasullulah yang diwahyukan oleh
Allah samada melalui ayat Al Quran atau hadis.

Apabila ia datang dari Allah sudah tentu ia adalah yang paling berkesan dan
mujarab. Bukan sahaja baik untuk kesihatan dan dapat menyembuh penyakit kita
juga dapat pahala kerana mengikut Sunnah.

Ada beberapa makanan dan perubatan yang ada dalam Al Quran dan Hadis yang
menjadi sunah Rasullulah. Makanan yang baik untuk kesihatan dan boleh pula
menyembuh pelbagai penyakit adalah seperti berikut.

1. Minyak Zaitun

3. Madu
    ( Surah An=Nahl, ayat 68 dan ayat 69)

4.
Habbatussauda (Biji Jintan Hitam)
    (Shahih Al Bukhari
Bil 7 ,buku 71 ,Nombor Hadis 592)

5. Perubatan melalui Bekam
( Shahih Al Bukhari-Bil 7 , Buku 71 , Nombor Hadis 587)
Bekam-kesihatan
AMALAN BEKAM BAIK UNTUK KESIHATAN
398470_184399195002296_160598389_n

Belajar Al Quran untuk orang Dewasa Percuma

Belajar Al Quran dewasa Percuma!!!!Syukur alhamdulillah kerana akhirnya bertemu dengan tempat pengajian ini setelah melakukan pencarian dalam google. Dah lama aku mencari tempat belajar Al-Quran untuk orang dewasa ini kerana bacaan Al Quran aku sangat teruk dari segi tajwid..kerana dulu semasa belajar pakai hafal bukannya dengan memahami asas tajwid.

Sekolah Al Quran ini terletak di Jalan Yap Ah Shak di ibu negara Kuala Lumpur. Yuran pengajian yang di tawarkan adalah percuma. Ada seorang hamba Allah yang membiayai tempat dan mungkin juga tenaga pengajar Al Quran di sini.

 

 

 

untuk maklumat lanjut sila ke fb https://www.facebook.com/YSAQKL