Tag Archives: KWSP SHARIAH

kwsp-patuh-shariah.jpg

KWSP benarkah Sudah Patuh Syariah?

 

kwsp-patuh-shariah

 

Bermula pada 8 Ogos 2016 yang lalu semua pendeposit KWSP yang beragama Islam boleh menukar Simpanan KWSP mereka ke simpanan KWSP yang patuh syariah.
Sebelum ini telah timbul keraguan sebilangan masyarakat Islam tentang simpanan KWSP mereka yang dikatakan syubhah, Malah ada pula yang secara  terang terangan mengatakan simpanan KWSP tersebut haram berdasarkan dalil dalil tertentu.
Mengambil kira pandangan masyarakat dan keperluan satu skim simpanan yang patuh syariah, KWSP mengorak langkah memperkenalkan skim simpanan KWSP mereka yang patuh syariah. Namun tarikh berkuatkuasa simpanan syariah yang didaftarkan pada tahun ini hanya akan  bermula pada januari 2017.
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (18 Ogos 2015) dan Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) telah memutuskan KWSP tidak diwajibkan untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju untuk bertukar ke Simpanan Shariah.
Ini bermaksud 100% duit KWSP yang ada  dalam akaun  boleh dipindahkan terus ke Simpanan Syariah. Walau bagaimanapun sekiranya masih ingin membuat penyucian” dividen, boleh mengikut garis panduan penyucian dividen yang akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) kelak.
Bagi pendeposit yang berminat untuk membuat proses penukaran ke skim KWSP patuh syariah, pendeposit  hanya perlu membawa kad pengenalan sahaja sebagai dokumen utama.
Langkah pengenalan ini satu usaha yang baik walaupun diakui masih terdapat kekurangan. Namun umat Islam perlulah menyokong usaha ini dengan turut serta menukar akaun sedia ada mereka ke skim patuh syariah ini.