Tag Archives: Memori makanan

Photo0468

Memori Nasi Pulut Sambal Ikan Bilis Kantin

nasi pulut-ikan bilis

Teringat kenangan semasa kanak kanak. Setiap kali tiba di kantin sekolah seawal pagi saya selalu membeli nasi pulut sambal ikan bilis yang dibungkus dengan daun pisang. Seingat saya pada masa itu harganya hanyalah 10 sen.
Berselera sungguh saya apabila menikmati nasi pulut sambal ikan bilis itu. Kerap saya membeli 2 bungkus sekaligus.
Hidangan ini juga sering dimasak oleh mak saya pada awal pagi sebagai hidangan sarapan. Kebiasaan ini turut diikuti pula oleh Kak Idah yang tinggal di rumah arwah mak sekarang. Tidak lagi hanya dimakan bersama ikan bilis malah ada pula lauk tambahan iaitu ikan masin.
Biasanya ikan gelama masin atau ikan sepat masin menjadi hidangan wajib selain sambal ikan bilis.
Waktu berlalu mak pun sudah meninggalkan kami. Nasi pulut sambal ikan bilis tidak lagi  sekerap dulu saya menikmatinya. Itupun bernasib baik apabila balik ke kampung kak Idah akan memasakkan kami nasi pulut sambal ikan bilis.
Saya tidak temuinya di sini di bandar raya Kuala Lumpur. Kenangan tetap kenangan apabila rasa teringin saya akan memasak dan makan sendiri sahaja.
durian-batu-kurau

Enaknya Durian Batu Kurau

durian-batu-kurauApabila mengimbau kenangan hari raya sudah semestinya makanan di hari raya menggamit memori tersendiri. Selain Juadah utama semasa hari raya seperti rendang, lemang dan ketupat ada juga yang menyediakan menu menu lain seperti nasi minyak,soto,bihun sup laksa mee kuah dan sebagainya.

Walaupun sudah seminggu berlalu namun ‘mood raya, masih tetap ada.  Kebetulan pula kali ini adalah hari raya kali pertama Yana bekerja waktu pejabat berbanding sebelum ini.Itu membuatkan perasaan beraya kali ini berkobar kobar.

Saya pulang ke Sekinchan pada hari raya pertama dan kedua. Seterusnya ke kampung nenek di Batu Kurau dan pulang semula ke rumah mertua di Felda Besout Sungkai Perak.

durian-batu-kurau
Durian Batu Kurau menjadi santapan utama di rumah sedara

 

Di kampung nenek ada juga rumah saudara mara yang menghidangkan buah durian kebetulan musim durian yang sedang berlangsung ketika itu

 

Abang Nuar dan Abah menikmati durian kampung Batu Kurau
Semasa singgah di rumah Pak Teh, dia  menyediakan kami laksa penang. Memang sungguh menyelerakan.

 

Laksa Pak Teh