Tag Archives: Resepi

Screenshot_2015-12-27-14-22-37

Resepi Asam Rebus Jenahak

Bahan bahan Masakan 
1 potong ikan jenahak-perap sekejap dengan asam jawa.
1/2 biji tomato dibelah dua
1 tangkai cili merah
3-4 tangkai cili padi
1.5 cm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
Air secukupnya


Langkah Langkah Mudah

Tumbuk bawang putih, cili merah, cili padi dan kunyit hidup sehingga lumat.
Kemudian masukkan air secukupnya.Biarkan sebati.
Setelah mendidih masukkan ikan hingga masak.
Selepas itu masukkan tomato. Perasakan dengan perasa garam gula dan sedikit ajinamoto.Biarkan seketika dan angkat.
Screenshot_2015-12-26-12-48-04

Resepi Bawal Masak Sambal

Bahan Masakan 

Cili Kering (10-15 tangkai)dikisar
Bawang Besar (1 biji) dihiris
Bawang Putih (1 ulas) dititik
1 inci halia (dititik)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3-4 biji cili padi hijau (dititik)
Langkah Mudah

Panaskan 2-3 sudu minyak masak
Tumis bawang besar hingga layu
Masukkan Cili yang telah dikisar
-tumis hingga pecah minyak dengan api sederhana
Masukkan 1sudu gula (atau secukup rasa)
Masukkan sos tomato dan sos tiram
Masukkn bawang besar yang telah dihiris.
Masukkan garam secukup rasa
Sedia diangkat.
DSC0037

Resepi Ikan Singgang


Ikan Singgang
Cuti sekolah ini nampaknya saya berpeluang untuk memasak makanan  tengahari . Beberapa hari yang lepas telah ke pasaraya untuk membeli lauk pauk di antaranya ikan tenggiri. Timbullah idea untuk menulis resepi masakan ikan singgang ini kerana masakan ini sangat mudah dan kebanyakkan orang sudah tahu cara memasaknya.
Di sini saya kongsikan resepi tersebut
Bahan bahan masakan
·        Dua ketul ikan Tenggiri/Ikan tongkol/Ikan Kembung
·        Lengkuas sebesar 2 ibu jari
·        Asam keping ( 2 -3 keping)
·        Seulas bawang putih (diketuk)
·        Sebiji bawang Besar yang dihiris nipis
·        Garam dan Gula
·        5 biji Cili Padi (diketuk)
Cara Memasa

Panaskan air dalam kuali

Masukkan kesemua bahan bahan tersebut dimulai dengan ikan dan bahan bahan lain.

 Masukkan gula,garam dan perasa ajinamoto

Lihat Video di bawah

Rendang Daging Mudah dan Sedap

Saban tahun menjelang hari raya,  rendang daging adalah antara masakan yang wajib dalam keluarga kami.Resepi masakan rendang daging mudah sahaja. 



Rendang Daging Mudah dan Sedap

Bahan bahan

1 kilogram daging dihiris nipis 
20 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
5 batang serai
3cm Kunyit hidup 
(Bahan bahan diatas dikisar terlebih dahulu)

Kerisik (2 peket kecil)
Pati Santan kelapa (250 gram)
3 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak 

1. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan keluar bau. Masukkan 250 ml air. 
2. Masukkan daging dan gaul 
3. Masukkan santan sehingga daging empuk
4. Masukkan kerisik 
5. Masukkan gula dan garam dan daun kunyit yang telah dihiris nipis
5. Masak sehingga rendang kering atau mengikut kesukaan masing masing.
6. Angkat bila rendang sudah pekat atau kering. 

photo_2015-07-14_19-15-10

Resepi Udang Sambal Petai

sambal udang petai
Sambal Udang Petai 

Udang sambal petai sememangnya menjadi menu kegemaran saya dan isteri. 

Dengan rasa manis pedas dan rasa petai memang sangat menyelerakan.Kami menikmati sambal udang petai ini sewaktu berbuka puasa. 

Resepi Udang Sambal Petai

Bahan Bahan Masakan

Udang 1/2 kilogram
Petai 2 Papan
Cabai Kering 20 helai (diblend)
Bawang Merah kecil 5 biji (diblend)
Bawang Putih 5 Ulas (diblend)
Belacan  sepotong kecil (diblend)
Bawang Besar  sebiji (dihiris)
Gula dan garam
Minyak 4 sudu besar

Langkah Langkah Memasak 

1. Tumis hirisan bawang besar masak hingga layu
2. Masukkan cili kering dan bahan bahan  yang telah diblend
3. Masak cili kering bersama gula putih 1 sudu kecil hingga pecah minyak.
4. Masukkan udang
5. Masukkan petai dan perasa masakan
6. Angkat hidangan setelah masak.

Apa yang penting sewaktu memasak masakan berasaskan sambal ialah cili yang kita tumis hendaklah ditumis hingga betul betul masak. Kalau cara saya, saya memasak sambal agak lama dengan api yang sederhana. 
Baru baru ini saya memasak sambal agak banyak juga untuk dibuat paste sambal. Ini memudahkan kerja memasak masakan berasaskan cili termasuk memasak mee ,mihun dan lain lain lagi.