Tag Archives: resepi/makanan

sotong-sambal

Resepi Sambal Sotong yang mudah dimasak

resepi-sambal-sotong
Sambal Sotong siap sedia untuk dimakan
Resepi Sambal Sotong sangat mudah untuk dimasak. Sambal sotong yang sedap bagi saya ialah sambal yang pekat dan manis dan sedikit pedas. 
Bahan Bahan Masakan Sambal Sotong
Cili Kering-15 tangkai
Bawang Besar- 1 labu
Asam Keping- 1 keping atau 1 sudu kecil asam jawa
Bahan Bahan Perasa (garam,gula ajinamoto)


Langkah Memasak

Blend Cili kering yang telah dibuang biji bersama 1 labu bawang besar.
Hiriskan bawang besar kemudian tumis dengan minyak.
Semasa menumis masukkan 1 sudu besar gula, masak sehingga cili betul betul masak.
Untuk memastikan cili masak sepenuhnya warna cili agak pekat
Masukkan sotong
Masak sotong 5-10 minit dengan api yang kecil. 
Masukkan garam dan perisa tambahan
Semasa memasak sotong sambal tak perlu letakkan air lagi kerana sotong mengeluarkan air sendiri.

IMG_20150708_193402

Resepi Sup Tulang

sup-tulang
Sup tulang 

Semalam saya telah menyiapkan hidangan sup tulang untuk hidangan berbuka puasa keluarga. Resepi ini adalah resepi dari internet dan diolah semula dengan cara saya, Semasa memasak semalam memang tak merujuk kepada resepi semuanya bergantung kepada ilham yang diberikan olehNya.

Langkah pertama sebelum memasak saya rebus dahulu tulang tersebut hingga empuk anggaran satu ke dua jam. Bila dah empuk ketepikan. Gunakan periuk lain. Rebusan tadi untuk dibuat kuah dan stok masakan ini.

Penyediaan bahan masakan resepi sup tulang.

Bahan Tumis
1 labu bawang besar (dihiris)
1 btg kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 ulas bawang putih (diketuk)

Bahan Bahan Lain
1inci halia diketuk
1 inci lengkuas (diketuk)
1 btg saderi (dipotong)
1 sudu kecil asam jawa
5 -6 biji cili padi (diketuk)
1 paket kiub daging sapi (masako)3 sudu kecil serbuk sup adabi
Bawang goreng
Daun sup

Langkah Memasak
1. Tumiskan bahan tumis hingga bawang layu
2. Masukkan 5-6 senduk air rebusan tulang bersama tulang.
3. Masukkan 1 sudu kecil asam jawa adabi
4. Masukkan serbuk sup adabi jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Kemudian masukkan serbuk kiub daging(Saya menggunakan serbuk kiub daging Masako) (jenama Ajinamoto) lengkuas,halia,cili padi,batang saderi
5. Rasakan garam dan gula. Semasa masukkan kiub tadi dah masakan sudah rasa masin tetapi kalau perlu sekiranya tekak masih rasa hambar, tambahkan  sedikit sahaja garam . Kemudian tambahkan sedikit gula untuk memberi  rasa seimbang masam pedas tu.
6. Jika dah menggelegak matikan api. Potong 1/2 biji buah tomato kemudian masukkan ke dalam sup tulang tadi.
7 . Perahkan 1/2 biji asam limau nipis.taburkan daun sup,taburkn sikit bawang goreng.

Siaplah resepi sup tulang. Gambar tidak berapa cantik. 

DSC_1984

Resepi buat rendang tok paling sedap in town

Rendang Tok sedap di makan bersama Ketupat, Nasi Himpit atau Lemang

Hari Raya tahun ni aku ada buat open house kecil kecilan. Biasalah aku lah yang biasa masak untuk famili aku. Ramai yang makan masa tu memuji kesedapan Rendang Tok yang aku masak. Sebenarnya aku pun tak tahu sedap ke tak. Resepi ni pun aku ambik dari blog my resepi. Kalau nak cuba masak rendang tok ikutlah resepi yang aku buat ni.




Resepi Rendang Tok

1 kilo daging batang pinang

Bahan Bahan Kisar 
1 camca jintan manis
1 camca jintan putih
Biji Ketumbar 1 sudu kecil
Buah Keras 2 biji
Halia sebesar ibu jari
Bawang Merah kecil 6 biji
Bawang putih 4 ulas
lengkuas  sebesar ibu jari
Cili Kering (10 helai)
Lada Hitam (1 sudu kecil)
Serai 6-8 ulas

Bahan Tumis
Kulit kayu manis (2 batang)
bunga lawang

Bahan Bahan Lain


Gula Merah 3 sudu
Gula Melaka separuh dari sebatang
kerisik 2 peket kecil
Garam secukup rasa

Cara Memasak

1. Kisar bahan bahan kisar tadi
2. Gaul bahan bahan kisar dengan 1 kilo daging
   dan perap (1 malam lagi baik)
3. Tumis bahan bahan kisar tadi  bersama bunga lawang dan kayu manis
   sehingga keluar minyak
4. Masukkan daging yang telah di perap ke dalam kuali
5. Masukkan santan
6. Masukkan Gula Merah
7. Masak hingga betul kering
8. Masukkan garam dan ajinamoto secukup rasa
9. Hidangkan…

kentang-putar

Cara Buat Kentang Putar

kentang putar
Anak aku si Darwisy suka makan kentang putar. Memang habis la dia makan satu bekas kecil tu.
Aku pun cari cari la resepi  cara buat kentang putar ni  di internet dan aku jumpa di blog ini   . 









Kentang Putar ( ala KFC)

Bahan-bahan ( 10 biji kentang )
• 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub (besar)
• 1 sudu kecil  lada hitam di tumbuk halus 
• 1/2 cawan fresh milk 
• garam secukup rasa

Cara-cara buat

1. Rebus kentang dengan  sedikit garam 
2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit hancur 
3. Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus. 
4. Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya

Sos kentang putar 

Bahan-bahan ( 3 – 4 orang )

• 650 ml air 
• 5 sudu besar stok ayam 
• 1 biji bawang besar – cincang 
• 1 batang saderi – cincang 
• 40 gm mentega 
• 20 gm tepung gandum 
• 1 sudu besar sos tomato 
• 1 sudu besar sos tiram 
• sedikit serbuk lada hitam 
• kicap pekat 
• garam 

Cara-cara: 

1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk. 
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk. 
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel. 
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam. 
5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.

NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin. 

Resepi Kentang Putar ini saya ambil dari blog noorazneen.

mang-7

Jom makan Lipan yang enak di makan

Ini ialah sebahagian koleksi makanan yang pernah aku rasa semasa di pedalaman Sarawak. Nama tempat ini ialah Kampung Penibong terletak di daerah Daro. Masyarakat di sini 100 peratus  Islam dan berbangsa Melanau.

Ada satu spesis hidupan di sini yang biasa menjadi makanan penduduknya. Jika di tengok paras rupanya sekali imbas tak ubah macam lipan. Kalau tak percaya cuba try test tengok gambar kat bawah ni.

Ada tak macam lipan?.Macam sama kan?. Memang spesis ni macam lipan.Cuba tengok gambar yang lain pulak.

Ini ialah hasil kutipan yang dari hasil pencarian beberapa orang budak budak sekolah di kampung Penibong.

Budak budak ini mencari  Mang yang di beri namanya,  di dalam busut busut . Busut ini ialah sarang mang yang berada di kawasan yang di naiki air laut semasa air pasang.

Selepas budak budak ni mendapat beberapa ekor mang ,  kami pun membawa pulang ke rumah untuk di makan. Aku pun pelik juga dengan rupa parasnya , bila kawan aku ustaz Hadi kata boleh di makan. 
Apa yang kami buat ialah cuma merebus sahaja.tak masak apa apa resepi pun. 
Selepas di rebus kami  pun meratah dan mencicah mang ni  dengan sambal kicap.

Aku tanya lagi dengan  ustaz yang ajak aku makan mang ni, boleh ke makan mang ni,  macam pelik je aku tengok aku menyoalnya. Ustaz cakap boleh. Tak ada masaalah. Dia kata halal.

Bila aku dah cuba makan , rasa mang ni lebih kurang rasa isi ketam juga lah. Sedap juga. Hehehe