Baru baru ini aku dan Yana ke tempat ini . Kafe ini dikatakan berkonsepkan hipster. Kafe yang diberi nama Gaffe&Co Cafe ini berada di The Garage KL. Terletak di Jalan Hillview Taman Sri Ukay dan berjiran dengan Bamboo Restoran. Kedudukan Cafe ini mudah dicari kerana ia terletak di pinggir jalan MRR2 menghala ke arah Ampang.