Tag Archives: singgahmakan

garage-kl-cafe-gaffe

Singgah Makan di The Garage KL

Baru baru ini aku dan Yana ke tempat ini . Kafe ini dikatakan berkonsepkan hipster.
Kafe yang diberi nama Gaffe&Co Cafe ini berada di The Garage KL. Terletak di Jalan Hillview Taman Sri Ukay dan berjiran dengan Bamboo Restoran.
Kedudukan Cafe ini mudah dicari kerana ia terletak di pinggir jalan MRR2 menghala ke arah Ampang.

Kafe ini dibina berasaskan beberapa buah badan kontena. Daripada segi kemudahan restoran ini dilengkapi dengan tandas dan bilik air yang bersih manakala untuk pengunjung muslim kemudahan surau turut disediakan.

Hiasan dalaman di Kafe ini memang menarik minat untuk meneroka setiap dekorasi yang mereka hasilkan.Setiap sudut kafe ini mempunyai susun atur dan hiasan yang berbeza. Keadaan pada waktu petang semasa kami singgahmakan memang agak tenang.

Sekiranya datang pada waktu malam, Kafe Gaffe&Co Cafe  ini turut  menyajikan persembahan live band yang akan memeriahkan suasana santai pada waktu malam.

Bagi aku tempat sebegini amat sesuai bagi mereka yang ingin lepak bersama kawan kawan. Namun rasanya tidak sesuai untuk mereka yang ada anak kecil atas sebab tertentu.

JIKA ANDA ADA TEMPAT MAKAN BEST SILA KOMEN DI BAWAH

Screenshot_2015-12-29-17-08-11

Tempat Makan Tengahari di Bandar Baru Bangi


Setiap kali lalu di Bandar Baru Bangi waktu makan tengahari saya perasan ada satu warung tepi jalan penuh dengan pengunjung. Kenderaan pulak diletakkan di bahu jalan. Teringin juga nak singgahmakan namun tak berpeluang.

Sehinggalah pada satu masa tu aku dan Yana sempat singgah semasa mahu pergi ke Pusat Perubatan Shifa Bandar Baru Bangi.Warung ini terletak di hadapan Petron Seksyen 9. 

Makan tengahari di warung ini ringkas sahaja. Set ikan keli , set talapia, set bawal atau set ayam goreng. Set ini mengandungi ulam ulaman bersama sambal belacan dan kuah kari. 
Rasa masakannya bagi saya biasa sahaja namun lauk yang digoreng panas panas selepas pesanan dibuat memang menyelerakan.
Info Ringkas:
Harga Set tidak termasuk air : RM 6.50
Seksyen 9 Sungai Ramal Luar (hadapan petron dan Shell/ bersebelahan Roti Canai di Bukit)
Pemilik:Man ( 017-7144342)
20151223_143604

Tempat Makan Tengahari di Keramat Kuala Lumpur

Aku panggil kedai ni kedai
bawah pokok. Salah satu tempat makan tengahari di keramat yang aku suka. Lauk
pauk masakan di kedai makan ni selera pantai timur. Pekerja pekerja kedai pulak
orang Thai.
Makan tengahari di sini
memang sedap. Waktu makan tengahari memang ramai yang datang ke sini. Selain
lauk pauk makan tengahari, Mee Celup dan nasi ayam adalah antara menu masakan
lain yang ada dikedai ini.
Kebiasaanya jika datang ke
sini jam 2-3 petang lauk pauk masih ada sesuai untuk orang yang terlewat makan
tengahari.  
Lokasi kedai makan ii
terletak di Keramat AU3/14.
durian-batu-kurau

Enaknya Durian Batu Kurau

durian-batu-kurauApabila mengimbau kenangan hari raya sudah semestinya makanan di hari raya menggamit memori tersendiri. Selain Juadah utama semasa hari raya seperti rendang, lemang dan ketupat ada juga yang menyediakan menu menu lain seperti nasi minyak,soto,bihun sup laksa mee kuah dan sebagainya.

Walaupun sudah seminggu berlalu namun ‘mood raya, masih tetap ada.  Kebetulan pula kali ini adalah hari raya kali pertama Yana bekerja waktu pejabat berbanding sebelum ini.Itu membuatkan perasaan beraya kali ini berkobar kobar.

Saya pulang ke Sekinchan pada hari raya pertama dan kedua. Seterusnya ke kampung nenek di Batu Kurau dan pulang semula ke rumah mertua di Felda Besout Sungkai Perak.

durian-batu-kurau
Durian Batu Kurau menjadi santapan utama di rumah sedara

 

Di kampung nenek ada juga rumah saudara mara yang menghidangkan buah durian kebetulan musim durian yang sedang berlangsung ketika itu

 

Abang Nuar dan Abah menikmati durian kampung Batu Kurau
Semasa singgah di rumah Pak Teh, dia  menyediakan kami laksa penang. Memang sungguh menyelerakan.

 

Laksa Pak Teh