Tag Archives: status pinjaman perumahan kerajaan

pinjaman-perumahan-kerajaan

Kelayakan Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam

rumah

Bahagian Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam kini dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) sebagai sebuah badan berkanun.

Segala kemudahan dan faedah pinjaman perumahan kakitangan awam yang tersedia pada masa yang lalu di bawah Bahagian Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam (BPA) masih kekal.

Ia menepis tanggapan sebahagian masyarakat dan kakitangan awam yang tersilap faham dengan viral viral yang berlegar di media sosial.

Baru baru ini aku mencari maklumat  berkaitan pinjaman perumahan kerajaan kerana ingin membeli sebuah rumah di Tanjung Karang. Beberapa maklumat yang aku ambil terus daripada laman web http://www.lppsa.gov.my/

 

Antara soalan biasa yang ditanya berkenaan pinjaman kerajaan

Jika ansuran bulanan saya melebihi 60% daripada gaji hakiki tetapi gaji bersih dicampur dengan elaun-elaun lain masih dapat menampung potongan bulanan dan jika ditolak pinjaman perumahan masih berbaki serta tempoh bersara saya masih panjang iaitu lebih kurang 20 tahun. Adakah saya layak memohon pinjaman berdasarkan kelayakan gaji semasa saya.

JAWAPAN

Kelayakan maksimum adalah berdasarkan gaji pokok/gaji hakiki.Kelulusan pinjaman akan mengambil kira baki gaji bersih berdasarkan slip gaji.