Tag Archives: sukan

FB_IMG_1469616843626

Pelari Terpantas di Malaysia Milik Khairul Hafiz Jantan

Khairul Hafiz Jantan
Sumber Gambar: Fb Rasmi Sukma 2016
Rekod kebangsaan
milik Watson Nyambek yang dicatit 18 tahun yang lalu di Bukit Jalil akhirnya
lebur. Atlet muda kelahiran Melaka, Khairul Hafiz Jantan berjaya mencatat rekod
baharu kebangsaan dengan masa 10.18s dalam acara 100 meter akhir Sukma hari ini. 
Selain catatan masa
terpantas di peringkat kebangsaan catatan ini juga adalah kedua terpantas di
rantau ASEAN.
Namun aku harap , kejadian yang berlaku kepada Badrul Hisham tahun lepas tidak berulang kepada Khairul Hafiz gara gara kelalaian penganjur. Gara gara kelalaian penganjur di Brunei rekod 100Meter yang dileburkan beliau akhirnya tidak diiktiraf
tiket-akhir-piala-malaysia

Tiket Secara Online Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2015

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 bakal menemukan dua bekas finalis 2008 Selangor dan Kedah yang tentunya menjanjikan perlawanan menarik dan persaingan yang sengit. 
Harga tiket perlawanan Final TM Piala Malaysia 2015 ialah RM40 dewasa & RM5 bagi kanak-kanak. Pintu stadium akan dibuka mulai jam 4 petang. Sepak mula perlawanan akan dimulakan pada jam 9 malam. 
Sidang Media Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2015
Menurut FAM Tiket Final TM Piala Malaysia 2015 akan dijual di Selangor sebanyak (30,000 tiket) & Kedah (30,000 tiket) mulai 10 pagi pada hari Khamis 10 Disember 2015 . 
Tiket secara online mula dijual pada Rabu di laman web rasmi tiket Online Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2015 http://www.tickethotline.com.my : Untuk terus ke page pembelian copy link ini di toolbar: https://online.tickethotline.com.my
akademi-bolasepak1.jpg

Idea saya tentang sukan di Malaysia

Kekalahan 10-0
skuad negara dibawah kendalian jurulatih Dollah Salleh amat memalukan negara.Pelbagai
komentar di media massa dilontarkan.Bermula daripada aspek kejurulatihan,pemain
dan pengurusan semuanya disentuh oleh netizen.

Malah ada juga pihak yang turut menegur pembangunan sukan sukan lain yang masih
tidak membanggakan. Pembangunan peringkat akar umbi negara juga dilihat masih
banyak yang perlu diperbaiki.
Perlu diakui
sekolah sukan tidak mampu menampung keperluan pembangunan sukan di peringkat
akar umbi terutamanya pencarian bakat daripada kampung dan kawasan
pedalaman. 
Pembangunan
sukan seharusnya mampu mencungkil bakat bermula daripada sekolah rendah. Ini
kerana sekolah rendah berada di mana mana termasuklah di kawasan
pedalaman. 

Masalah utama di kebanyakan sekolah ialah guru guru yang mengajar pendidikan
Jasmani (PJ) bukan semuanya adalah guru opsyen mata pelajaran tersebut. 
Cadangan saya
agar KPM dapat mewujudkan jawatan jurulatih sukan sekolah di peringkat sekolah
rendah dan menengah. Jawatan ini boleh dilantik daripada kalangan bekas bekas
atlit,pemain bolasepak yang bersara dan graduan dalam bidang sains sukan
daripada institusi pendidikan.
Daripada skop
kerja jurulatih ini menjadi ketua jurulatih sekolah dan juga melatih guru guru
di sekolah dalam bidang bidang kejurulatihan. Buat permulaan jawatan ini
diwujudkan di sekolah yang enrolmen murid lebih daripada 1000. Buatlah ia
secara berperingkat peringkat sebelum jawatan ini diisi di semua sekolah.