Tag Archives: the garage KL

garage-kl-cafe-gaffe

Singgah Makan di The Garage KL

Baru baru ini aku dan Yana ke tempat ini . Kafe ini dikatakan berkonsepkan hipster.
Kafe yang diberi nama Gaffe&Co Cafe ini berada di The Garage KL. Terletak di Jalan Hillview Taman Sri Ukay dan berjiran dengan Bamboo Restoran.
Kedudukan Cafe ini mudah dicari kerana ia terletak di pinggir jalan MRR2 menghala ke arah Ampang.

Kafe ini dibina berasaskan beberapa buah badan kontena. Daripada segi kemudahan restoran ini dilengkapi dengan tandas dan bilik air yang bersih manakala untuk pengunjung muslim kemudahan surau turut disediakan.

Hiasan dalaman di Kafe ini memang menarik minat untuk meneroka setiap dekorasi yang mereka hasilkan.Setiap sudut kafe ini mempunyai susun atur dan hiasan yang berbeza. Keadaan pada waktu petang semasa kami singgahmakan memang agak tenang.

Sekiranya datang pada waktu malam, Kafe Gaffe&Co Cafe  ini turut  menyajikan persembahan live band yang akan memeriahkan suasana santai pada waktu malam.

Bagi aku tempat sebegini amat sesuai bagi mereka yang ingin lepak bersama kawan kawan. Namun rasanya tidak sesuai untuk mereka yang ada anak kecil atas sebab tertentu.

JIKA ANDA ADA TEMPAT MAKAN BEST SILA KOMEN DI BAWAH